Mukadimah Ilmu hikmah menurutku satu ilmu di dalam ilmu, tidak ramai yang memilikinya tapi harus memilikinya, kerana ia satu ilmu yang Allah campakkan dan hadirikan dalam jiwa-jiwa insan yang bersih dan murni jiwanya, ada cita-cita mahu mengubah dirinya, yang sentiasa mencari kebenaran, yang lapang hatinya, yang mengenal dirinya, yang takut pada Allah dan menjadikan hidup matinya semata-mata kerana Allah. Ya Allah, sungguh diri ini mengharapkan ilmu ini iaitu ilmu di dalam ilmu, Ajarlah sedikit ilmu rahsia dalam ilmu ini kepadaku terutama ilmu mengenai hati Agar diri ini mampu memimpin diri sendiri dan yang mengikutiku. Risalah ini diriku menulisnya hasil dari penyusunan kembali kuliah-kuliah yang pernah di sampaikan kepada anak didik selama beberapa tahun ini dan dari segi pergaulan, tindakan, kuliah dan selama bersama mereka telah diriku temui akan ilmu hikmah. Bacalah tulisan ini dengan hati yang lapang dan jiwa yang tenang pasti akan anda menemukan pelbagai khazanah-khazanah mutiara ilmu yang berharga insyaAllah.
Tuesday, January 24, 2012
Mukadimah (2)
Risalah Nasihat (1)
Pendahuluan Diri ini menulis risalah ini semata-mata mencari keredoan Allah. Di kesempatan umur yang Allah kurniakan kepada diri ini semoga dapat di manfaatkan. Semoga dengan terhasilnya risalah kecil ini semakin dapat mendekatkan Diri ini kepada Allah. Telah Diri ini menamakan risalah ini sebagai “RISALAH NASIHAT” satu ilmu kurniaan yang Allah izinkan kepada al fakir untuk menulisnya dan menyusunnya dari sekian kuliah yang pernah al fakir sampaikan. Tulisan ini juga di ringkaskan dan di jadikan dalam bentuk nasihat ataupun bentuk matan yang akan pembaca menitinya. Risalah ini kalau ada manfaatnya al fakir hadiahkan pahalanya kepada kedua ibu bapa, guru-guru dan semua yang pernah berjasa padaku. Serta juga kepada mereka yang diri ini banyak berdosa. Ampunkan dosaku, ya Allah, sekiranya apa yang tercatat dalam Risalah ini ada perkara-perkara yang tidak Engkau redhai dan jika hambamu menulis terdapat niat selain-Mu Sekian, wassalam. Al fakir hadiahkan risalah ini khas untuk isteri dan anak-anakku serta anak didik yang di cintai. Al hakir wal fakir, AQIL MUBASHSHIR NURUDDIN BAHARUDIN