Setelah kita mengkaji, menganalisa di sudut ilmu yang ada hubungan dengan sembahyang, sama ada di segi lahir mahupun di segi batin, yang ada kaitannya dengan jasmani, mahupun maknawi dan rohani, zikir, doa dan lain-lain lagi, setakat atas dasar ilmu sahaja pun terasa benar bahawa sembahyang itu benar-benar agung, hebat dan unik. Itu belum lagi sesiapa yang Allah Taala anugerahkan dia dapat benar-benar hayati sembahyang itu. Jika sembahyang itu dapat dijiwai, kita akan merasa didikan dan hikmah sembahyang memenuhi hati, mendapat ilmu di dalam sembahyang, seluruh bacaan sembahyang itu membangunkan jiwa dan mental serta kita bermusafir dalam sembahyang itu, lebih-lebih lagilah kita akan terasa benar bahawa sembahyang itu sungguh agung. Maka daripada keagungan sembahyang yang dapat dihayati itulah akan melahirkan hamba-hamba Allah seperti berikut:
1. Akan melahirkan peribadi yang kuat keyakinan dan agung.
2. Akan melahirkan peribadi yang kuat imannya.
3. Akan melahirkan peribadi yang kuat dan agung akhlaknya.
4. Akan melahirkan peribadi yang berdisiplin hidupnya.
5. Akan melahirkan hamba Allah yang bersih jiwanya daripada mazmumah.
6. Akan melahirkan hamba Allah yang bersih lahirnya daripada maksiat dan kemungkaran kecuali terlalu sedikit.
7. Akan melahirkan peribadi yang kuat syariatnya.
Gabungan individu-individu ini akan lahirlah satu bangsa yang agung. Agung keyakinannya, agung imannya, agung akhlaknya, agung disiplinnya, bersih kehidupan mereka daripada maksiat dan mungkar, agung perpaduannya dan agung kebudayaannya. Dan Allah Taala akan jadikan bangsa-bangsa lain untuk tunduk kepada keagungannya kerana bangsa yang agung ini telah dinaungi oleh Allah Taala yang Maha Agung, kesan daripada didikan sembahyang yang agung itu. Begitulah peranan sembahyang.
Aku Rasa Belum Beribadah...
Aduh, bila aku menghadap-Mu Tuhan di waktu ibadah
Hatiku pun mula rasa susah dan gelisah
Aku pun mula bimbang bagaimana nanti aku menyembah-Mu,
bersopankah atau sebaliknya
Kalau aku lakukan juga, jawapannya tentu sama
Macam-macam rasa di dalam jiwaku
Takut, bimbang, gelisah dan resah
Apabila selesai, aku rasa belum beribadah
Hatiku susah dan gundah-gulana
Tapi apakan daya, setakat itulah yang terdaya
Takkan aku hendak mengulanginya sekali lagi
Nilai ibadahku
Macam tadi juga
Kerana itulah Tuhan, setiap kali lepas sembahyang
Aku dahulukan memohon ampun kepada-Mu
terhadap sembahyangku selepas itu baharulah dosa-dosaku
Begitulah juga Tuhan selepasku membuat dosa
Hatiku lagi parah, susah dan gelisah
Tapi aku ini lemah bermujahadah
Selepas itu aku ulangi lagi membuat salah
Hatiku susah lagi dan gundah
Tuhan! Engkau tampunglah ibadahku mana yang kurang
Maafkan aku yang tidak sempurna
Ampunkan aku mana yang terlanjur
Kerana hal itu bukan aku suka
Itulah kelemahanku
Engkau pun tahu
Rahmat-Mulah yang aku pinta
Thursday, November 19, 2009
Tuesday, November 17, 2009
Tentang Agungnya Sembahyang
Tentang Agungnya Sembahyang
Dalam Islam, solat atau sembahyang adalah amalan yang paling besar dan agung selepas iman. Tiada amalan yang lebih besar selepas iman yang boleh menandingi sembahyang. Kerana itulah di dalam Islam sembahyang adalah menjadi tiang agama Islam. Tapaknya atau foundationnya adalah iman.
Sabda Rasulullah SAW: Maksudnya:
“Pangkal segala hal ialah Islam. Sedang tiangnya adalah solat dan puncaknya adalah berjuang di jalan Allah.”
(Riwayat Tarmizi)
Kebesaran dan keagungan sembahyang itu boleh dilihat dan dirasakan melalui ilmu pengetahuan berdasarkan beberapa aspek seperti di bawah ini:
1. Ia merupakan ibu segala ibadah dalam Islam.
2. Ia adalah merupakan tiang seri agama Islam.
3. Ia diperintah oleh Allah Taala dengan cara Allah Taala memanggil
Rasulullah SAW mengadap-Nya waktu Israk dan Mikraj, tidak seperti amalan-amalan yang lain hanya diwahyukan oleh Allah Taala kepada Rasulullah SAW melalui malaikat Jibril a.s.
4. Siapa yang meninggalkan sembahyang menjadi kafir berdasarkan Hadis. Sabda Rasulullah SAW: Maksudnya:
“Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja maka kafirlah dia secara terang-terangan.”
(Riwayat Ahmad)
5. Sembahyang, seluruh anggota terlibat. Perbuatan (fizikal), perkataan atau bacaan (lisan) dan hati atau roh serta akal kerana memahami.
6. Mengerjakannya disyaratkan suci lahir dan batin, daripada hadas besar dan hadas kecil, najis ain dan najis hukmi.
7. Kena mengadap kiblat. Ertinya merupakan lambang perpaduan umat Islam.
8. Terikat dengan waktu.
9. Digalakkan berjemaah.
10. Berbagai-bagai amalan malaikat ada di dalam sembahyang, kerana malaikat itu ibadahnya hanya satu-satu perkara sahaja. Seperti ada yang bertasbih sahaja sejak diperintahkan hinggalah hari Qiamat, yang bertakbir sahaja, yang bertahmid sahaja, ada yang rukuk sahaja, ada yang berdiri sahaja, ada yang sujud sahaja, begitulah seterusnya.
11. Berbagai-bagai bentuk zikir ada di dalam sembahyang. Ada berdiri, ada rukuk, ada sujud, ada duduk di antara dua sujud, ada tasbih, ada tahmid, ada takbir, ada munajat, ada berbagai-bagai bentuk doa, ada zikir, ada selawat, ada fizikal, ada akal, ada rohani, ada material, ada maknawi.
12. Ia merupakan ibadah yang terikat dengan disiplin yang tertentu, cara-cara yang tertentu.
13. Amalan sembahyang itu adalah merupakan intipati dan intisari ajaran Islam. Di dalamnya ada akidah, ada ibadah, ada taharah, ada masyarakat, ada perpaduan, ada disiplin, ada pemimpin, ada yang dipimpin (politik), ada pendidikan, ada syariat, ada tasawuf, ada akhlak, ada kebudayaan, ada ekonomi dan ada psikologi. Ertinya sembahyang menggambarkan keseluruhan ajaran Islam secara ijmali.
14. Ia merupakan cara peribadahan atau penyembahan yang paling lengkap kerana segala bentuk ibadah dan zikir para malaikat wujud dalam sembahyang.
15. Ia merupakan zikir yang paling besar kerana seluruh bentuk zikir ada di dalam sembahyang.
16. Ia merupakan peribadahan yang melibatkan semua anggota lahir dan batin. Ada yang bersifat fizikal dan ada yang bersifat maknawi atau rohani.
17. Di dalam sembahyang ada seluruh bentuk doa. Ertinya berbagai-bagai permintaan ada di dalam sembahyang.
18. Berbagai-bagai amalan para rasul wujud di dalam sembahyang.
19. Sembahyang merupakan mikraj orang mukmin.
20. Pada sembahyang ada latihan jasmani, ada latihan mental dan ada latihan rohani.
21. Sembahyang ada simbol-simbol merendah diri, ketaatan, kepatuhan
dan simbol berdirinya manusia di Padang Mahsyar seolah-olah berhadapan dengan Tuhan menunggu perintah-Nya.
22. Sembahyang merupakan pembaharuan ikrar manusia kepada Tuhan, sehari semalam lima kali.
23. Sembahyang merupakan pembaharuan syahadah dan iman dengan Tuhan.
24. Sembahyang merupakan pembersihan jiwa dan dosa.
Dirikan sembahyang...
Sembahyang itu Hubungan Hamba dengan Khaliqnya
Apabila sembahyang ditinggalkan
Atau sembahyang dengan kejahilan
Atau sembahyang di dalam kelalaian
Hubungan hamba itu dengan Khaliqnya
sangat cacat
Atau terus terputus
Kutuk dan laknat pun berlaku
ke atas kepalanya
Oleh Allah, para malaikat,
seluruh makhluk Allah
kecuali jin dan manusia
Kalau begitu apalah erti kekayaan?
Tiada erti lagi kebesaran dan kekuasaan!
Nama dan glamor tiada berguna
Bintang kehormatan yang akan menempa celaka
Dirikanlah sembahyang di atas waktunya
Di awal waktunya
Pertahankanlah jemaah setiap waktu
Betulkan dan luruskan saf-safnya
Betulkan bacaannya
Hadirkan hati
Fahamkan maksudnya
Hayatilah tuntutan-tuntutannya
Rasakan kehebatan Allah
Menghina dirilah di hadapan-Nya
Agungkan dan besarkan Zat-Nya
Hilangkan segala yang ada
Hanya kewujudan-Nya sahaja
yang kita rasa ada
Ingatlah sembahyang adalah amalan
yang mula-mula diperiksa
Dirikanlah sembahyang,
jangan hanya bersembahyang
Agar seluruh amalan kita diterima

Monday, November 16, 2009
Mengapa Diperintahkan Sembahyang
MENGAPA KITA DIPERINTAHKAN MENGERJAKAN SEMBAHYANG LIMA WAKTU?
Kita diperintahkan mengerjakan sembahyang dengan tujuan hendak melahirkan berbagai-bagai perasaan kehambaan; kerana kita adalah hamba; seperti rasa hina, takut, malu, gementar, rendah diri, harap, bimbang. Agar daripada lahirnya pelbagai perasaan kehambaan itu, terbakarlah, musnahlah atau hilanglah sifat-sifat mazmumah yang sangat merosakkan kehidupan manusia. Sifat-sifat itu ia sangat rosak dan merosakkan, mudarat dan memudaratkan. Seperti sifat-sifat sombong, hasad dengki, tamak, pemarah, bakhil, ujub, jahat sangka, berdendam, memfitnah, mengadu domba, mengumpat dan menghina.
Dengan kata-kata yang lain, sembahyang yang dapat dihayati dapat membakar dan memusnahkan sifat-sifat mazmumah yang sangat meracun kehidupan bermasyarakat di kalangan manusia. Oleh itu kalau di dalam ibadah sembahyang tidak dapat melahirkan rasa kehambaan kepada Tuhan maka di luar sembahyang mustahil dapat merasakan sifat-sifat kehambaan seperti yang di sebutkan di atas. Apabila sifat-sifat kehambaan atau rasa-rasa kehambaan tidak wujud di dalam hati manusia maka yang akan mengisi hati manusia atau jiwa manusia ialah sifat-sifat mazmumah seperti sombong, pemarah, hasad, tamak, bakhil, keras hati, dendam, riyak dan lain-lain lagi.
Penyakit-penyakit jiwa itulah atau sifat mazmumah itulah yang menjadikan manusia berkrisis, bergaduh, bertengkar, jatuh-menjatuhkan, bunuh-membunuh dan berperangan. Justeru itu rosaklah kehidupan manusia, binasalah dunia, hilang kasih sayang, rosak perpaduan, hilanglah kebahagiaan dan keharmonian. Maka terseksa hidup manusia.
tentang sembahyang...
Sembahyang Titik Tolak Segalanya
Kebaikan seseorang hamba itu
Bermula daripada membaikkan sembahyangnya
Dari sembahyanglah titik tolak segala-galanya
Apabila sembahyang itu sempurna lahir batinnya
Khusyuk, khuduk, tadharuk
dan faham apa yang dibaca
Selepas itu rahmat dan berkat
daripada Tuhan pun mencurah-curah
Dianugerahkan kepadanya
Allah Taala akan bersihkan jiwanya
Tuhan akan masukkan hidayah ke dalam hatinya
Cinta, takut, kasih sayang, pemurah, bertimbang rasa
Sabar, redha, tawakal, pemaaf pun berbunga
Kelihatan pula kepada peribadinya
syariatnya sangat dijaga
Akhlak mulianya, disiplin peribadinya ketara
Kerana itu betulkan sembahyang kita
Hayati sembahyang hingga kita terasa
bahawa kita menyembah-Nya
Janganlah kita anggap jiwa boleh dibersihkan
tanpa sembahyang
Atau boleh jiwa kita dimurnikan dengan sembahyang
yang lebih kurang
Sembahyang adalah ibu ibadah
Sembahyang adalah sumber segala kebaikan
Di dalam Islam sembahyang sangat diambil perhatian
Apabila baik sembahyang
segala-galanya akan menjadi baik
Jika sembahyang sudah dicuaikan
Atau bersembahyang tidak ada penghayatan
Maka seluruh pintu kebaikan akan tertutup
Kalau ada juga orang boleh buat kebaikan
tanpa sembahyang
Ini adalah kebaikan bukan bertunjangkan iman
Boleh jadi kebaikan itu secara kebetulan
atau ikut-ikutan
Haraplah diambil perhatian tentang sembahyang

Saturday, November 14, 2009
Agama Dan Sembahyang
BUKAN AGAMA KALAU TIDAK ADA UPACARA PENYEMBAHAN
Setiap agama sama ada yang hak mahupun yang batil, mesti ada cara penyembahan dan upacara penyembahan, atau ada sistem peribadahan yang khusus. Cara penyembahan
itu atau cara peribadahan itu pula ada yang menjadi pokok dan ada yang menjadi tambahan. Dalam Islam, ibadah tambahan itu dinamakan fadhoilula’mal atau amalan yang disunatkan.Kalau sesuatu ajaran itu tidak ada cara dan upacara peribadahan atau penyembahan, ia tidak dinamakan agama atau bukan agama namanya. Adapun agama, ia mesti ada hubung kait dengan Tuhan, sama ada Tuhan yang sebenarnya mahupun Tuhan yang palsu atau yang dikhayalkan. Sesuatu ajaran yang tidak ada penyembahan atau upacara peribadahan, ia di namakan ideologi atau isme. Ideologi atau isme tidak ada hubung kait dengan Tuhan. Justeru itulah tidak ada penyembahan dan peribadahan di dalam ajaran ideologi.
Ideologi atau isme, orang panggil atau namakan ajaran politik, bukan ajaran agama. Kerana itulah orang politik atau penganut-penganut ideologi atau isme, biasanya ada pegangan agamanya untuk mengisi kekosongan jiwa mereka sama ada agama yang hak mahupun agama yang batil; kecuali orang yang berfahaman komunis, kerana di dalam ajaran ideologinya tidak ada penyembahan kepada Tuhan. Dalam ajaran Islam, upacara ibadah yang pertama dan utama disebut ‘as-Solah’ atau di dalam Bahasa Melayu ialah sembahyang.
Di dalam Islam, sembahyang merupakan tiang agama. Ia wajib dilakukan lima kali di dalam sehari semalami. Solat di dalam Islam merupakan ibu segala ibadah yang ada di dalam ajaran Islam dan juga ia merupakan salah satu rukun Islam yang lima. Bahkan ia adalah sebagai tiang serinya. Dalam ajaran Islam, sesiapa yang meninggalkan ibadah yang pertama dan utama ini, yang menjadi tiang seri agama Islam, maka seluruh amalannya yang lain tertolak atau tidak diterima. Rugi sungguhlah orang yang meninggalkan sembahyang lima waktu.

Thursday, November 12, 2009
Sebab Jiwa Tidak Tenang
Antara sebab-sebab jiwa tidak tenang adalah seperti berikut:
1. Banyak menzalimi orang
2. Banyak membuat dosa
3. Menghina dan menzalimi ibu atau bapa
4. Menzalimi dan menghina guru terutama guru yang menunjukkan kita ke jalan Akhirat
5. Tidak percaya wujudnya Allah Taala
6. Tidak mengharap lagi pertolongan Allah
7. Orang yang kena uji bila imannya lemah atau tidak beriman
Ketenangan itu berpusat atau berpaksi di dalam hati nurani. Ia perlu dijaga, kerana bila hilang ketenangan, hilanglah kebahagiaan. Bila hilang kebahagiaan, tidak ada lagi keindahan di dalam kehidupan sekalipun mempunyai kekayaan, tinggal di dalam istana yang indah, memiliki isteri yang cantik, ada kuasa dan lain-lain.
Bila ketenangan tidak ada, seseorang itu akan sentiasa keluhkesah. Apa sahaja dibuat serba tidak kena, makan rasa tidak sedap, tidur tidak lena, membuat sesuatu perkara tidak ada penumpuan lagi, selalu sahaja termenung, orang bercakap kurang diambil perhatian, sumbang di dalam pergaulan, membaca pun terganggu untuk memahami. Kawan-kawan melihat ikut risau. Mudah marah-marah, suka bersendiri, mudah merajuk, mudah tersinggung, tidak tahan sabar, tidak tahan tercabar, mudah jemu membuat kerja, makan minum, pakaian dan badan tidak terurus, kurang bertanggungjawab, tidak suka bercakap.
Orang yang berada di dalam tidak tenang, jika ketidaktenangan itu kuat dan kurang pula pelajaran atau ilmu, selalunya dia tidak boleh kontrol rasa tidak tenang itu. Sama ada di waktu ramai mahupun di waktu keseorangan. Sentiasa nampak muram, susah hatinya amat ketara, orang ramai perasan. Jika dia seorang cerdik dan pandai atau ada status di dalam masyarakat mungkin sesetengah orang dia boleh kontrol perasaannya. Di tengah ramai dia boleh sembunyikan ketidaktenangannya itu untuk menjaga wibawa atau status diri, tapi bila waktu keseorangan dia mulalah termenung. Kesusahan hatinya nampak dilihat di air mukanya.
Ada setengah orang mukanya cantik, orangnya periang, happy go lucky, adakalanya susah juga dikesan perasaan dalam hatinya. Tapi kalau dia tidak boleh kontrol, lihat mukanya dapat dikesan. Maka seorang yang periang tiba-tiba jadi pendiam, hilang riang, suka bersendiri, gurauan sudah tidak ada. Anak isteri mula risau, kawan-kawan susah hati.
Untuk menghilangkan rasa tidak tenang itu, berhentilah daripada menzalimi dan memohon maaf kepada orang yang kita zalimi itu. Tinggalkan membuat dosa kemudian kembali berpegang dan bersandar kepada Allah SWT. Insya-Allah ketidaktenangan akan hilang.

Tuesday, November 10, 2009
Sukarnya Untuk Berlaku Ikhlas!
Ikhlas adalah salah satu daripada sifat-sifat mahmudah yang paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan, para malaikat pun tidak tahu. Yang punya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia adalah penentu apakah amalan seseorang itu diterima atau ditolak oleh Allah. Ada para Sahabat bila mendengar tentang ikhlas itu dari Rasulullah SAW mereka menangis.
Mereka merasa tidak selamat. Mereka merasakan tidak mungkin memperolehi sifat ikhlas yang begitu tinggi kedudukan dan nilainya itu. Oleh kerana susahnya untuk mendapatkan sifat ikhlas itu, Islam tidak membenarkan seseorang itu mengaku dia adalah ikhlas. Siapa yang mengaku dia ikhlas kalaupun sebelum itu dia ikhlas, automatik keikhlasannya terbatal. Kalau begitu, salah sekali selama ini yang berlaku di dalam kehidupan kita, seolah-olah telah menjadi budaya apabila seseorang itu memberi, menolong, membantu dengan berkata:
“Ambillah! Saya ikhlas ni!”
“Saya telah tolong dia dengan ikhlas. Kemudian dia memusuhi saya.”
“Saya hendak tolong awak ini dengan ikhlas! Tapi saya sedih, awak menolaknya.”
“Saya ikhlas hendak bagi sebanyak ini, saya bagilah!” Di dalam menulis surat selalu ditutup dengan perkataan, “Saya yang ikhlas.”
Orang yang mengaku ikhlas, ertinya dia mengaku orang yang paling baik. Di dalam ajaran Islam, mengaku baik itu adalah satu kesalahan. Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang lagi ternafi keikhlasannya. Tiada yang mengetahui seseorang itu ikhlas sekalipun yang punya diri, walaupun malaikat, melainkan Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Oleh itu tiada seorang yang berhak mengaku ikhlas. Cuma berusahalah untuk menjadi orang yang ikhlas. Moga-moga kita ikhlas. Setelah kita berbuat demikian moga-moga setiap amal yang kita buat itu diterima oleh Allah SWT.
APA ERTI IKHLAS?
Erti ikhlas itu ialah murni, bersih. Sesuatu benda itu kalau jenisnya sahaja, tidak bercampur jenis lain, dianggap benda itu bersih, murni, tidak dinodai oleh benda-benda lain. Sebagai contoh, kalau air itu semata-mata air, kalau air itu tercampur sabun, nila atau tepung, air itu tidak khalis. Ertinya air itu tidak murni lagi. Tidak mutlak lagi. Tidak bersih, tidak pure kerana tercampur benda lain yang bukan jenisnya. Ertinya air telah ternoda atau dinodai oleh benda yang lain. Atau ia telah diwarnai oleh benda lain.
Begitulah kita beramal, berusaha dan berjuang seperti bersembahyang, puasa, zakat, naik haji, membaca Al Quran, mengajar, berdakwah, memberi, menolong, motivasi, forum, ceramah dan belajar adalah kerana Allah Taala, kerana suruhan-Nya, kerana perintah-Nya, kerana keredhaan-Nya, kerana arahan-Nya, kerana mentaati-Nya dan patuh kepada-Nya. Jadi perkara yang kita buat itu, seperti contoh-contoh di atas kerana-Nya adalah satu, tujuannya satu, didorong oleh satu, iaitu Allah SWT. Demi untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Tidak bercampur dengan kerana-kerana yang lain selain kerana Allah Taala. Itulah yang dikatakan orang yang ikhlas, iaitu dia membuat kerja-kerja tadi kerana-Nya murni. Tujuannya bersih. Dorongan dari satu iaitu Allah SWT.
Jika niat atau dorongannya telah tercampur dengan kerana-kerana lain atau ada terselit niat-niat lain di dalam kerana Allah itu, dorongannya bukan satu lagi tapi sudah menjadi dua atau tiga. Misalnya, niat membuat kerja itu dicampur sama kerana riyak, megah, nama, glamour, pangkat, duit, kerana orang minta, kerana takut orang tidak suka, untuk mental exercise, kerana boring di rumah, kerana hendak lari daripada masalah, kerana ingin sokongan atau undi, kerana hendak menguji kemampuan, kerana hendak berlawan, kerana hadiah, kerana piala, kerana kawan. Maka orang itu sudah tidak khalis lagi di dalam kerja-kerjanya.
Ikhlas sudah tiada, sudah tidak murni, ikhlasnya telah ternoda. Justeru apa yang dibuat itu ‘kerana Allah’nya telah bercampur dengan kerana-kerana yang lain. Oleh itu ‘kerana Allah’nya sudah tidak bersih atau tidak murni lagi, niatnya telah bersekutu. Niatnya telah syirik, iaitu syirik khafi. Di Akhirat nanti Allah meminta orang itu, “Pergilah minta pahala daripada orang yang awak keranakan itu.” Allah Taala tidak akan membalas kebaikan apa-apa kepada orang itu kerana tujuan dia beramal itu tidak kepada Allah lagi atau tidak sepenuhnya kerana Allah Taala tapi ada kerana yang lain selain Allah Taala.
Untuk berlaku ikhlas di dalam sebarang perbuatan kita amat susah sekali. Terutama kerja-kerja dan amalan yang ada hubung kait dengan kepentingan umum atau dengan orang ramai atau amalan yang terdedah kepada pandangan umum seperti ceramah, dakwah, mengajar, belajar, gotong-royong, membaca Al Quran di hadapan khalayak, forum, wawancara, memberi hadiah, memberi bantuan di hadapan umum atau di hadapan orang ramai. Lebih-lebih lagi bagi orang yang jarang memikirkan hati, kurang muhasabah hatinya, hatinya dibiar atau terbiar, jarang diambil tahu atau diambil kira, selalunya lebih banyak terjebak kepada tidak ikhlas. Ramai yang nawaitunya tercampur dengan hal-hal huzuzunnafsi, kepentingan atau tujuan diri sama ada disedari atau tidak disedari kerana kurang menyuluh hati.
Adakalanya amalan itu awal-awal lagi nawaitu atau niatnya telah rosak. Ibarat membuat rumah atau bangunan di atas lumpur maka awal-awal lagi rumah atau bangunan itu runtuh di awalnya lagi. Kalau tidak di awalnya, rosak pula di pertengahan jalan. Kadang-kadang di awal-awal dan di pertengahan jalan masih hatinya kerana Allah, tidak bercampur kerana-kerana yang lain selain Allah Taala, tapi dia terjebak di hujung atau di akhir perbuatannya.
Di sini saya datangkan contoh bagaimana ia boleh terjadi.
a. Niat rosak di awal lagi.
Katalah kita hendak berdakwah di satu tempat pada hari sekian-sekian. Sama ada kita yang membuat program itu, mahupun penduduk tempat itu menjemput kita. Hati kecil kita pun
berkata:
“Ha! Inilah masanya aku akan popular.”
“Aku akan terkenal!”
“Adalah peluang duit poket!”
“Aku akan hentam puak-puak ini yang menjadi musuh aku selama ini.”
“Barulah mereka tahu siapa aku!”
“Padanlah muka mereka nanti!”
Usaha dakwahnya rosak sama sekali! Di awal-awal lagi sudah tidak ada keikhlasannya. Bukan kerana Allah Taala tapi kerana diri kita sendiri atau kerana tujuan menghentam, tapi kita menggunakan hak-hak Allah sebagai alat. Ini ibarat melukis di atas air atau membangunkan rumah di atas lumpur.
b. Rosak di pertengahan.
Bagaimana pula rosak di tengah-tengah atau di dalam perjalanannya. Mula-mula memang dibuat kerana Allah. Hati berkata:
“Aku wajib menyampaikan seruan Allah itu. Lebih-lebih lagi peluang sudah ada atau sudah terbuka.” “Aku mesti mengisi program itu. Aku tidak ada apa-apa keuzuran. Kalau aku tidak mengisi program itu nanti Allah marah. Insya-Allah aku akan pergi berdakwah di tempat itu.”
Waktu sedang menyampaikan dakwah dengan petahnya, dengan bahasa yang indah, dalil-dalil dan hujah-hujah yang fasih, orang ramai pun mengangguk-angguk. Begitu ceria muka mereka mendengarnya dan menerima apa yang kita sampaikan menunjukkan ada respon dari orang ramai.
Hati kita pun berbunga. Syaitan pun menghembus-hembuskan ke dalam hati untuk kita lupa dengan Allah. Kita pun terasa luar biasa. Hati kita pun membisikkan kepada kita:
“Hebat aku ni!”
“Boleh tahan juga aku ini.”
“Payah juga orang lain hendak menandingi aku.”
Di pertengahan dia rosak. Rosak di dalam perjalanan. Keikhlasannya tadi telah diungkaikannya semula. Dia telah berkongsi niat di antara Allah dengan dirinya sendiri, syirik khafi. Ibadahnya atau kebaikannya berdakwah itu telah dibatalkan. Ibarat membuat rumah atau bangunan, sedang membinanya belum pun siap lagi telah diruntuhkan semula.
c. Rosak di hujung.
Di awalnya sebelum berdakwah itu niatnya sudah bagus. Dia hendak berdakwah di tempat dan masa sekian-sekian, tujuannya betul kerana Allah. Dia ingin menunaikan tanggungjawab untuk menyampaikan risalah Tuhan kepada umat. Apabila sampai masanya, berhadapan dengan orang ramai, dia pun menyampaikan dakwahnya. Di waktu itu hatinya masih baik. Belum tergugat lagi. ‘Kerana Allah Taala’nya masih belum terungkai lagi. Tapi dalam perjalanan pulang dari majlis dakwah itu, ada kawan yang sama-sama berada di dalam keretanya pun bercakap:
“Ustaz bercakap tadi sedap betul.”
“Saya tengok orang ramai di majlis itu mengangguk saja tanda memberi respon.”
“Ustaz ni kalau terus-menerus boleh membuat dakwah ini,
ustaz akan lebih lagi lincah dan matang.”
Hatinya terus berbunga. Ujub pun datang. Syaitan membisikkan di dalam hatinya bahawa dia orang yang mampu dan berkebolehan. Dia telah lupa kemampuan itu anugerah dari Allah Taala yang Maha Pengurnia. Patut dia malu kepada Tuhan kerana Allah Taala telah memberi dia berkebolehan di dalam berceramah atau pidato. Maka terbatal pula ibadahnya. Pahala dakwahnya malam itu telah terkorban. Ibarat membangunkan rumah atau bangunan, siap-siap sahaja rumah itu, ia pun runtuh.
Apa yang di bawa ini adalah sebagai satu contoh. Kita bolehlah kiaskan kepada usaha-usaha dan kerja-kerja yang lain. Apakah usaha dan kerja itu kita buat kerana Allah atau kerana kita seratus peratus atau bercampur kerana Allah dengan kerana kita.
Berdasarkan apa yang di tulis ini, masya-Allah, terasa sungguh oleh kita susahnya untuk menjadi orang yang ikhlas, sedangkan ikhlas itu adalah roh ibadah. Penentu apakah ibadah-ibadah itu tertolak atau diterima. Wahai Tuhan, rasanya kami belum berbuat apa-apa sebelum ini, kalaupun ada berbuat, sudah tentu payah sekali hendak mengelakkan daripada huzuzunnafsi ini. Iaitu ada tujuan kerana diri. Kalaulah bukan bantuan dan pimpinan-Mu Tuhan, rasanya sebarang amalan yang kami buat mungkin tertolak semuanya.
Para pembaca, di sinilah rahsianya mengapa kadang-kadang usaha dan perjuangan kita itu tidak berkesan, walaupun usaha sudah dilakukan, respon orang ramai pun ada, tapi kesannya tiada. Orang ramai tidak juga berubah dari dakwah kita itu. Apa yang diucapkan oleh mulut kita tidak sama di hati. Apa yang dicakapkan oleh mulut kita sudah cantik, tidak ada cacat celanya, tapi cacat di hati. Jadi apa yang diucapkan oleh mulut itu hanya jatuh di mulut orang ramai. Orang ramai memuji-muji kita, mengulas-ulas dan memperpanjang-panjangkan ceramah kita. Namun hati tidak berubah apa-apa kerana di sini terhijab bantuan
daripada Allah Taala disebabkan niat atau hati kita telah rosak oleh mazmumah riyak dan lain-lain lagi. Di waktu itu sifat-sifat taqwa kita sudah ternafi. Allah Taala tidak akan menolong orang yang tidak bertaqwa. Oleh itu marilah kita membuat kerja-kerja kebaikan dengan hati yang tunduk, yang tawadhuk, penuh malu kepada Tuhan, rasa takut dan cemas. Takut kalau-kalau amalan kita itu ditolak oleh Allah Taala. Firman Allah: Maksudnya:
“Ikhlas itu satu rahsia dalam rahsia-Ku, Aku titiskan ia dalam hati hamba-hamba-Ku yang Aku kasihi.” (Hadis Qudsi)
“Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang gambaran lahir kamu tapi dia melihat apa yang ada di dalam hati kamu.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Marilah kita berhati-hati moga-moga kita selamat. Ya Allah, berilah kami selalu hidayah dan taufik-Mu agar perjalanan lahir dan batin kami berjalan selari menuju keredhaan-Mu, ya Allah!

Tuesday, October 27, 2009
Buat Para Pejuang Renungkan Sejenak!
Apabila kita mengatakan perjuangan ertinya adanya sebuah jemaah yang ada pemimpin yang ditaati, ada pengikut yang setia, ada dasar perjuangan yang berlandaskan Al Quran dan As Sunnah, yang ia ditegakkan lebih dahulu sejauh yang termungkin di dalam jemaah itu sebagai model. Ada aktiviti ke luar dan ke dalam melalui berbagai-bagai cara dan strategi untuk mencapai matlamat.
Ertinya Islam tidak berjuang secara individu atau secara berseorangan tanpa ada jemaah, pemimpin dan pengikut serta tanpa aktiviti, kerana Islam itu adalah cara hidup bernegara, berekonomi, bermasyarakat, berpendidikan, berhubung, berkebudayaan, berundang-undang, berdisiplin dan lain-lain lagi. Oleh kerana perjuangan Islam itu adalah terpaksa sibuk, berkorban, terkorban, menghabiskan masa, berhadapan dengan kesusahan dan cabaran, terpaksa mengkesampingkan kepentingan diri, maka selepas kejatuhan empayar Islam ada beberapa golongan umat Islam dalam menghadapi perjuangan ini iaitu:
1. Golongan yang hidup matinya untuk Islam. Faham apa yang mereka perjuangkan. Bersungguh-sungguh mengamalkan di dalam diri mereka dan keluarga mereka, memberi seluruh jiwa raga, masa dan harta untuk Allah dan Rasul. Mereka sanggup berhadapan dengan sebarang risiko, bahkan mati di dalam perjuangan itu memang ditunggu-tunggu. Syahid adalah idaman mereka. Golongan ini amat sedikit dan darjatnya lebih tinggi daripada ahli ibadah.
2. Golongan yang bersungguh-sungguh berjuang seperti golongan yang pertama tadi serta faham apa yang mereka perjuangkan. Cuma lemah mujahadah melawan nafsu. Di dalam gigih berjuang itu, maksiat dibuat juga. Di dalam ada cita-cita Islam, terlibat juga dengan dosa. Ini terserahlah kepada Allah Taala, terpulanglah kepada Allah. Dia mengampunkan sesiapa yang Dia kehendaki dan mengazab sesiapa yang Dia kehendaki. Atau jika kebaikan yang mereka lakukan lebih banyak daripada kejahatan, maka beratlah amalan kebaikannya maka mereka tergolong dalam ashabul yamin.
3. Golongan yang berjuang secara jahil. Fardhu ain di dalam diri pun belum selesai. Mereka berjuang semata-mata kerana semangat dan fanatik sahaja. Di dalam perjuangan mereka mengganas, merosak dan menzalim sama ada di sedari atau tidak. Mereka itu kalau gigih sekalipun berjuang, namun Allah SWT tidak akan menerima perjuangan mereka. Kerana kerosakannya lebih banyak daripada kebaikannya. Golongan ini agak ramai di zaman ini.
4. Umat Islam yang berjuang bukan kerana Allah dan Rasul atau bukan kerana hendak menegakkan Islam tapi berjuang kerana mahu merebut pangkat atau kerana sakit hati dengan musuh-musuhnya atau kerana kemegahan bangsa, negara atau kerana nama atau kerana ideologi. Islam itu hanya diselit-selitkan atau dijadikan bahan slogan untuk mempengaruhi umat Islam. Golongan ini tertolak. Sama ada jadi zalim, fasik atau kafir.
5. Golongan yang ingin berjuang tapi belum mula berjuang kerana wadah-wadah perjuangan yang wujud di negaranya atau jemaah perjuangan yang ada di negaranya tidak meyakinkan. Kerana tahu tidak ada kemampuan dan kelayakan, mereka beribadah dan membaiki diri sambil menunggu perjuangan yang sebenar. Mereka lebih banyak menyendiri. Golongan ini memang elok menyendiri.
6. Golongan yang menghabiskan masa untuk ibadah serta membaiki diri, sedangkan kemampuan ada. Walaupun ada perjuangan kebenaran di hadapan matanya namun mereka
tidak mahu menggabungkan diri. Kerana tidak mahu bersusah payah atau tidak mahu menerima atau menanggung risikonya. Golongan ini dimurkai Allah SWT.
7. Golongan yang uzur, sama ada uzur disebabkan sakit atau cacat anggota atau tua atau terlalu miskin, sedangkan tanggungjawab serta ada keluarga yang hendak ditanggung. Maka mereka tidak dapat ikut serta di dalam perjuangan, hanya memberi doa semata-mata. Golongan ini dimaafkan.
8. Golongan yang memilih menghabiskan masa untuk beribadah daripada berjuang di waktu musuh belum begitu mengancam terhadap umat Islam dan negara Islam. Sedangkan sudah ada golongan lain yang berjuang dan tenaga itu sudah cukup sebagai menegakkan fardhu kifayah. Maka golongan itu diharuskan untuk bersikap demikian tapi pahalanya rendah dibandingkan dengan golongan yang berjuang itu.
9. Golongan yang sudah tidak mempedulikan langsung terhadap Islam. Mereka ialah Islam keturunan. Ibadah untuk dirinya sahaja, tidak mahu berjuang, malah mereka tidak mahu fikir mengenainya dan hanya mahu hidup semata-mata. Memikirkan makan, minum dan seks sahaja. Islam tidak ada langsung di dalam hati mereka. Golongan ini disangsikan keislaman mereka.
10. Ada golongan pada mulanya menceburkan diri di dalam perjuangan. Apabila mendapat kesusahan atau tidak tahan berhadapan dengan ujian dan cabaran, akhirnya mengundurkan
diri. Yang mengundurkan diri itu, ada yang menentang dan ada yang tidak menentang.
11. Ada golongan yang menggabungkan dirinya di dalam perjuangan setelah perjuangan itu telah menghasilkan buahnya, ertinya setelah perjuangan memberi kesenangan. Tapi apabila berhadapan dengan ancaman atau ujian yang berat, ia akan menentang perjuangan itu dan adakalanya terus menyebelahi musuhnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)