Tuesday, January 24, 2012

Risalah Nasihat (1)

Pendahuluan

Diri ini menulis risalah ini semata-mata mencari keredoan Allah. Di kesempatan umur yang Allah kurniakan kepada diri ini semoga dapat di manfaatkan. Semoga dengan terhasilnya risalah kecil ini semakin dapat mendekatkan Diri ini kepada Allah. Telah Diri ini menamakan risalah ini sebagai “RISALAH NASIHAT” satu ilmu kurniaan yang Allah izinkan kepada al fakir untuk menulisnya dan menyusunnya dari sekian kuliah yang pernah al fakir sampaikan. Tulisan ini juga di ringkaskan dan di jadikan dalam bentuk nasihat ataupun bentuk matan yang akan pembaca menitinya. Risalah ini kalau ada manfaatnya al fakir hadiahkan pahalanya kepada kedua ibu bapa, guru-guru dan semua yang pernah berjasa padaku. Serta juga kepada mereka yang diri ini banyak berdosa. Ampunkan dosaku, ya Allah, sekiranya apa yang tercatat dalam Risalah ini ada perkara-perkara yang tidak Engkau redhai dan jika hambamu menulis terdapat niat selain-Mu Sekian, wassalam.

Al fakir hadiahkan risalah ini khas untuk isteri dan anak-anakku serta anak didik yang di cintai.

Al hakir wal fakir,

AQIL MUBASHSHIR NURUDDIN BAHARUDIN

No comments: