Tuesday, January 24, 2012

Mukadimah (2)

Mukadimah

Ilmu hikmah menurutku satu ilmu di dalam ilmu, tidak ramai yang memilikinya tapi harus memilikinya, kerana ia satu ilmu yang Allah campakkan dan hadirikan dalam jiwa-jiwa insan yang bersih dan murni jiwanya, ada cita-cita mahu mengubah dirinya, yang sentiasa mencari kebenaran, yang lapang hatinya, yang mengenal dirinya, yang takut pada Allah dan menjadikan hidup matinya semata-mata kerana Allah. Ya Allah, sungguh diri ini mengharapkan ilmu ini iaitu ilmu di dalam ilmu, Ajarlah sedikit ilmu rahsia dalam ilmu ini kepadaku terutama ilmu mengenai hati Agar diri ini mampu memimpin diri sendiri dan yang mengikutiku.

Risalah ini diriku menulisnya hasil dari penyusunan kembali kuliah-kuliah yang pernah di sampaikan kepada anak didik selama beberapa tahun ini dan dari segi pergaulan, tindakan, kuliah dan selama bersama mereka telah diriku temui akan ilmu hikmah. Bacalah tulisan ini dengan hati yang lapang dan jiwa yang tenang pasti akan anda menemukan pelbagai khazanah-khazanah mutiara ilmu yang berharga insyaAllah.

No comments: